TUGAS-TUGAS

GURU PENYELARAS ICT


SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS BESTARI

Peringkat            :  Guru Penyelaras Bestari (DG41 / DG29)                
Waktu Bertugas :  Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu bertugas  
                              boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi.
1.    Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 12 waktu seminggu.
2.    Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.
3.    Mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang        
       dibekalkan serta menyelesaikan serta  menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin 
       timbul.
3.1             Memastikan kemudahan insfrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
3.2             Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.
3.3             Memastikan kesemua insfrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
3.4             Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan insfrastruktur teknologi tempatan.
4.      Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing 
         mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.1             Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak pengguna.

4.2             Mengurus keperluan insfrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

4.3             Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.
5.      Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan 
         penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5.1            Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.
5.2             Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.
6.     Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan
        penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
6.1             Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sistem computer (hardware & software) dan aplikasi perisian.
6.2            Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah
                 dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
6.3            Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School
                 Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan
                 baik.
7.        Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah
           ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
7.1             Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.
8.            Sebagai pengurus e-mel.
8.1             Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah.
9.            Memastikan integriti dan keselamatan data.
9.1            Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
9.2              Memastikan keselamatan kemudahan insfrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut:-
9.2.1       Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.
9.2.2       Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
9.2.3       Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan
               baik.
9.2.4       Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan

               berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.
9.3                 Memastikan keselamatan melalui langkah-langkah berikut:-

9.3.1       Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.
9.3.2       Memastikan computer bebas dari virus.
9.3.3       Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
9.3.4       Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang disyorkan.

10.       Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa.
10.1           Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan lain-lain lagi.
10.2           Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
10.3          Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (Enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.
11.         Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada  
              pihak yang berkenaan.
11.1           Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.
11.2          Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkaian, tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah.
11.3           Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.

12.         Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
12.1           Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan insfrastruktur teknologi.
12.2           Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.

13.         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.
13.1            Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai Penyelarasan Bersepadu Bestari.

JURUTEKNIK KOMPUTER
TUGAS-TUGAS

Bertanggungjawab Kepada Pengetua dan Penolong Kanan 1 Di Dalam Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara  Berikut::
1.   Menguruskan dan menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang 
      dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal berikut:
1.1.    Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
1.2.    Membantu, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS dll bagi rangkaian Schoolnet, EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dsb.
1.3.    Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP Address, Gateway, Modem dsb
1.4.    Help-desk dan 1st Level Support
1.5.    Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
2.   Menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.   Memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah
4. Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU
5.  Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SSDM, SBT dsb
6. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa

BRIGED ICT SEKOLAH
Penasihat Briged ICT1. Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged Bestari bagi memastikan    
          segala perancangan berjalan dengan lancar.
      2. Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan semua aktiviti Briged Bestari bersama 
          Kementerian Pelajaran Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan.
     3. Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

Guru Penyelaras
  • Mengurus pemilihan dan pelantikan AJK Briged Bestari.
  • Merancang dan mengawasi perlaksanaan aktiviti Briged Bestari.
  • Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar.
  • Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.
  • Memeriksa tahap keselamatan semasa aktiviti Briged Bestari dijalankan.
  • Membimbing ahli Briged Bestari dalam aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
  • Menyelaras perhubungan dengan kelab sekolah lain atau agensi luar.
Pengerusi
  • Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.
  • Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged Bestari.
  • Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan setiap masalah dan membuat keputusan.
  • Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat Program Pembestarian Sekolah.
  • Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan bagi Briged Bestari.
Naib Pengerusi
  • Bertanggungjawab kepada arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah ketika ketiadaan Pengerusi.
  • Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya dan menyediakan laporan.
  • Membantu Pengerusi contohnya dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari.
Setiausaha
  • Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.
  • Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari.
  • Mencatat dan merekodkan minit mesyuarat Briged Bestari.
  • Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.
Naib Setiausaha
  • Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan Briged Bestari.
  • Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan membuat laporan.
  • Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan briged.
Bendahari
  • Bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras tentang urusan kewangan.
  • Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau orang perseorangan.
  • Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.
  • Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras.
  • Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang dalam mesyuarat.

 

No comments:

Post a Comment